KAPAL yang dirampas berjaya diselamatkan pihak berkuasa. FOTO ihsan TLDM
KAPAL yang dirampas berjaya diselamatkan pihak berkuasa. FOTO ihsan TLDM
Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Seorang kru kapal iaitu tukang masak warga Indonesia dilaporkan cedera ekoran ditembak di bahagian paha kiri ketika kapal MT Orkim Harmony ditawan tiba di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada 10.15 pagi tadi untuk rawatan kecemasan.

Timbalan Pengarah Kanan Klinikal HUSM, Dr Nik Min Ahmad berkata, pesakit berkenaan, Mawit Matin, 46, kini dalam keadaan stabil.

Katanya, pesakit dalam keadaan sedarkan diri dan masih mendapat rawatan susulan.

"Perkembangan lain akan dimaklumkan kemudian selepas mendapat kebenaran pihak keselamatan," katanya ketika ditemui di sini, sebentar tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Jun 2015 @ 2:23 PM