HERMONO keluar dari pintu masuk Depoh Petronas selepas melawat warga Indonesia di kapal tangki MT Orkim Harmony yang tiba selepas hilang sejak minggu lalu di Pelabuhan Kuantan.
HERMONO keluar dari pintu masuk Depoh Petronas selepas melawat warga Indonesia di kapal tangki MT Orkim Harmony yang tiba selepas hilang sejak minggu lalu di Pelabuhan Kuantan.
Syah Rul Aswari Abdullah dan Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Kuantan: Ahli keluarga Mawit Matin, 46, yang cedera di punggung akibat ditembak ketika cuba melawan seorang daripada perampas kapal berkenaan, 11 Jun lalu, tiba di Kuala Lumpur malam kelmarin.

Timbalan Duta Indonesia di Malaysia, Hermono berkata, keluarga Mawit menaiki penerbangan ke Kelantan melawat lelaki berkenaan yang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

“Kami membantu keluarga Mawit dalam beberapa perkara bagi memastikan mereka dapat bertemu dengannya,” katanya ketika ditemui di Pelabuhan Kuantan di sini, semalam.

Turut bersama Hermono ialah empat kakitangan Kedutaan Indonesia.

Hermono berkata, dia sempat bertemu dengan empat lagi kru warga Indonesia kapal berkenaan untuk mendapatkan maklumat berkaitan apa yang berlaku.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Jun 2015 @ 5:31 AM