JOKOWI
JOKOWI
Reuters

Jakarta: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) bakal memecat beberapa menteri dan pegawai kanan kerajaan kerana gagal mencapai prestasi yang ditetapkan, kata Setiausaha Kabinet, Andi Widjajanto semalam.

Jokowi yang kecewa dengan ekonomi negara itu dan keputusan kerajaan yang gagal dilaksanakan, membayangkan untuk menilai semula barisan Kabinetnya.

Sekiranya keputusan itu diambil, Jokowi bakal merombak semula kabinet walaupun baru setahun berkuasa.

“Jokowi sudah menegaskan sekiranya kehendaknya dalam pentadbiran tidak dilaksanakan secara serius, beliau tidak teragak-agak untuk menggantikan pegawai yang terbabit.

“Tunggu tidak lama lagi kerana ada pegawai yang akan dipecat,” kata Widjajanto.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Jun 2015 @ 8:17 AM