Sedang industri sibuk memperkatakan perihal gambar bogel yang didakwa milik pelakon Tasha Shilla, teman SS tampil dengan cerita lain. Teman SS bukan tidak berminat membicarakan hal berkenaan, tetapi dia muak dan loya dengan sikap aktres itu yang tidak henti-henti menimbulkan kontroversi.

Kata teman SS, sehingga ke hari ini dia tidak tahu apa produk Tasha yang betul-betul meninggalkan kesan. Katanya, dia mengenali nama pelakon itu pun disebabkan cerita peribadinya.

Kalau SS layankan emosi teman itu, memang tidak akan habis. Jadi, SS meminta­nya untuk terus bercerita kisah lain yang hendak disampaikan tadi. Katanya, dia terkedu melihat aksi adik kepada seorang aktres ternama yang dianggap sangat keterlaluan.

Teman SS itu dan beberapa rakan lain bersahabat dengan adik aktres tadi. Malah, salah seorang teman SS itu kekasih adik si aktres berkenaan. Satu hari mereka pergi ke sebuah lokasi riadah dengan menaiki satu kereta.

Teman SS yang ketika itu sedang memandu terkejut melihat adik aktres berkenaan bercium sakan dengan kawan SS di kerusi belakang. Disebabkan kereta teman SS bukan jenis cermin hitam, kereta di belakangnya memberikan lampu tinggi sebagai tanda menyedari aksi terbabit.

Lebih memalukan, aksi itu dilakukan berulang kali dalam tempoh yang lama meskipun teman SS sudah tegur banyak kali. Melihatkan aksi terlampau adik aktres itu, teman SS pun tidak mahu ambil kisah sebab dalam fikirannya adik dan kakak sama sahaja perangainya.

Tidak lama selepas itu teman SS mendapat tahu adik aktres tadi memutuskan hubu­ngan dengan teman lelaki­nya itu. Tidak sampai seminggu putus, dia punya teman lelaki baru.

SS: Kakak borek adik rintik...

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Jun 2015 @ 1:51 PM