GAMBAR ini dirakamkan pada 14 Disember 2015 ketika tayangan perdana 'Star Wars: The Force Awakens' di Hollywood, California. FOTO Reuters
GAMBAR ini dirakamkan pada 14 Disember 2015 ketika tayangan perdana 'Star Wars: The Force Awakens' di Hollywood, California. FOTO Reuters


Los Angeles: Carrie Fisher yang harum sebagai ‘Princess Leia’ dalam ‘Star Wars’ meninggal dunia.

Kematian disahkan oleh anak perempuannya. Mendiang mati pada usia 60 tahun, pada 8.55 pagi waktu tempatan (1.55 pagi Malaysia).

“Dukacita Billie Lourd ingin memberitahu bahawa ibunya, Carrie Fisher, meninggal dunia,” kata anak perempuan mendiang aktres itu menerusi jurucakap keluarga, Simon Halls.

Teman mendiang yang juga bintang bersama Star Wars, Mark Hamill menerusi Twitter: “No words. #Devastated.”

William Shatner, yang popular sebagai bintang ‘Star Trek’, berkata, dia akan merindui mendiang yang diandaikannya sebagai ‘bintang yang bergemerlapan sudah terpadam.’

Fisher, yang juga anak kepada aktres Debbie Reynolds dan penyanyi Eddie Fisher - mati pada 2010 - berada di England untuk penggambaran musim ketiga ‘Catastrophe’.

Mendiang dikatakan mengalami serangan jantung ketika dalam penerbangan dari London ke Los Angeles.

Dia kemudian dimasukkan ke Ronald Reagan UCLA Medical Center.

Sebulan lalu, mendiang menarik perhatian ramai apabila mengaku bercinta tiga bulan dengan bintang ‘Star Wars’, Harrison Ford, 40 tahun lalu.

Fisher mendedahkan perkara itu kepada majalah People ketika mempromosi bukunya ‘The Princess Diarist’ sebelum ia dijual.

Kandungan buku itu kebanyakannya mengenai kisah hidupnya sejak pembikinan filem ‘Star Wars’ dimulakan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Disember 2016 @ 3:58 AM