PELBAGAI agensi mengambil bahagian dalam operasi mencari dan menyelamat.
PELBAGAI agensi mengambil bahagian dalam operasi mencari dan menyelamat.
Oleh Junaidi Ladjana dan Erdiehazzuan Ab Wahid

Kota Kinabalu: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menyambung semula operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang dipercayai masih terperangkap di gunung Kinabalu.

Operasi SAR yang disambung semula 7.30 pagi tadi itu turut disertai oleh pelbagai agensi seperti SMART; Angkatan Tentera Malaysia (ATM); Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Malim Gunung.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Sabah, Mohd Afendy K Ramin berkata, 172 orang mangsa selamat tiba di Pondok Timpohon manakala 16 mangsa dipercayai masih belum melintasi Pondok Timpohon.

"Operasi SAR disambung semula pagi ini bagi mencari jumlah mangsa yang dipercayai masih terperangkap di gunung Kinabalu.

"Berdasarkan rekod seramai dua mangsa disahkan meninggal dunia;tiga cedera parah; enam cedera ringan dan 161 stabil," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Jun 2015 @ 9:39 AM