ANTARA 88 pendaki yang selamat tiba. FOTO ihsan Bomba
ANTARA 88 pendaki yang selamat tiba. FOTO ihsan Bomba
ANTARA 88 pendaki yang selamat tiba. FOTO ihsan Bomba
ANTARA 88 pendaki yang selamat tiba. FOTO ihsan Bomba
Oleh Junaidi Ladjana

Kota Kinabalu: Seramai 88 pendaki yang terperangkap di puncak gunung Kinabalu selamat tiba Pondok Timpohon, 11.48 malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sehingga kini jumlah mangsa yang masih terperangkap seramai 100 pendaki.

"Sehingga 11.48 malam tadi, seramai 88 pendaki selamat tiba di Pondok Timpohon dan 100 lagi pendaki masih di Gunung Kinabalu.

"Usaha sedang dilakukan oleh pasukan penyelamat bagi membawa turun semua mereka (pendaki) ke Pondok Timpohon," katanya.

Difahamkan, operasi menyelamat mengalami kesukaran kerana keadaan cuaca berkabus selain jalan licin.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Jun 2015 @ 12:28 AM