PUTERA Ali tarik diri
PUTERA Ali tarik diri
BLATTER menang 133-73 undi pada pusingan pertama
BLATTER menang 133-73 undi pada pusingan pertama

ZURICH: Sepp Blatter kekal sebagai Presiden FIFA untuk penggal kelima selepas pencabarnya Putera Ali al-Hussein dari Jordan menarik diri selepas tewas 133-73 undian pada pusingan pertama.

Berikutan itu, Blatter, 79, akan menerajui pertubuhan bola sepak dunia itu untuk empat tahun lagi.

Putera Ali yang berkempen untuk membersihkan imej FIFA, ternyata gagal meraih sokongan 209 ahli jawatankuasa untuk memilihnya meskipun selepas penahanan dua naib presiden serta beberapa pegawai kanan FIFA untuk siasatan rasuah oleh polis Switzerland minggu ini. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Mei 2015 @ 1:49 AM