REAKSI Blatter selepas diganggu Brodkin yang membaling wang palsu ke arahnya. FOTO EPA
REAKSI Blatter selepas diganggu Brodkin yang membaling wang palsu ke arahnya. FOTO EPA
BRODKIN (kanan) sebelum membaling wang palsu ke arah Blatter (kiri). FOTO AFP
BRODKIN (kanan) sebelum membaling wang palsu ke arah Blatter (kiri). FOTO AFP

Zurich: Pelawak Britain mengganggu sidang akhbar oleh Presiden FIFA, Sepp Blatter dengan membaling wang palsu ke arahnya sejurus sebelum beliau mula berucap di sini, malam tadi.

Protester throws money at Sepp Blatter

A protester has just gatecrashed Sepp Blatter's news conference and thrown money at himhttp://bbc.in/1gJXQ4l#FIFA

Posted by BBC News on Monday, 20 July 2015

Blatter, 79, bakal memberi maklumat mengenai pemilihan bagi presiden baru FIFA sebelum diganggu oleh Simon Brodkin yang segera dibawa keluar oleh pengawal keselamatan.

Brodkin yang lebih dikenali sebagai Lee Nelson membalingkan beberapa wang palsu ke arah Blatter ketika dibawa keluar.

Sidang akhbar itu dihentikan selama beberapa minit sementara kawasan itu dibersihkan semula.

Selepas insiden itu, Brodkin menulis tweet menyatakan: "Teruja berada di mesyuarat FIFA jumpa Sepp Blatter untuk menjamin Piala Dunia #NorthKorea2026."

Pelawak ini pernah mengganggu acara lain termasuk persembahan penyanyi, Kanye West di pesta muzik Glastonbury, bulan lalu. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Julai 2015 @ 12:28 AM