HITLER (tengah) bersama pelakon utama, Syazwan Zulkifli (kiri) dan Wan Elyas.
HITLER (tengah) bersama pelakon utama, Syazwan Zulkifli (kiri) dan Wan Elyas.
ANTARA babak menarik filem ini.
ANTARA babak menarik filem ini.
ANTARA babak menarik filem ini.
ANTARA babak menarik filem ini.
ANTARA babak menarik filem ini.
ANTARA babak menarik filem ini.
ANTARA babak menarik filem ini.
ANTARA babak menarik filem ini.
Oleh Norhayati Nordin


Meskipun mengetengahkan genre psiko seram, namun filem Gamatisme arahan terbaru M Hitler Zami ‘terselamat’ daripada proses pemotongan babak yang banyak oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Diletakkan pada klasifikasi tayangan 18, filem diterajui pelakon seperti Nabila Huda, Syazwan Zulkifli, Wan Elyas Wan Abdullah dan Adeline Tsen itu hanya dipotong untuk tiga babak saja.

Ditemui pada majlis pratonton Gamatisme baru-baru ini, M Hitler berkata, ia membabitkan babak hantu, gambaran bayi terlalu jelas dan penonjolan darah yang banyak.

“Saya memang tak sangka hanya tiga babak yang dipotong LPF untuk filem Gamatisme ini. Namun, harapan saya semoga karya dihasilkan diterima baik penonton.

“Ditambah, genre psiko seram diketengahkan pun agak baru dalam kalangan masyarakat tempatan. Jadi, saya tak pasti bagaimana penerimaannya.

“Sebagai pengarah, saya hanya mencuba dan penonton yang membuat penilaian. Apapun, jalan cerita filem Gamatisme ini sesuai dengan klasifikasi tayangan diluluskan LPF,” katanya.

Menurut M Hitler, apa yang diketengahkan dalam Gamatisme ialah menyelami emosi seorang wanita trauma akibat dihantui pengalaman hitam yang pernah dilaluinya.

Mengulas pemilihan Nabila melakonkan watak utama, M Hitler berkata, ketika menghasilkan skrip filem itu sememangnya sudah tergambar pada bayangannya aktres sensasi berkenaan.

“Nabila adalah pelakon paling sesuai dan tepat untuk watak Zara yang digarap. Apatah lagi, saya cukup kagum dengan bakat lakonannya.

“Watak Zara itu pun penuh dengan emosi yang menghimpit perasaan akibat trauma dilaluinya pada masa lalu dan Nabila adalah pelakon paling layak.

“Saya pun selesa dan mudah bekerja dengan Nabila kerana dia tahu kehendak watak Zara itu. Bahkan, saya puas hati dengan hasil lakonan dipersembahkan Nabila,” katanya.

Kata M Hitler, gandingan Syazwan juga memantapkan perjalanan plot cerita dimuat­kannya dalam filem Gamatisme itu.

Diterbitkan produksi Pencil Pictures & Records Sdn Bhd, Gamatisme yang peng–gambarannya dibuat pada Mei tahun lalu, memakan masa selama 18 hari dengan kos pembikinan RM1.3 juta.

Gamatisme yang menemui penonton di seluruh pawagam tanah air mulai semalam, turut menampilkan kemunculan khas penyanyi hip hop tanah air, W.A.R.I.S sebagai Zul dan Juzzthin (Mason).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Mei 2015 @ 1:30 PM