KERJA menggali kubur besar mengandungi mangsa pembunuhan beramai-ramai oleh IS di Tikrit, Iraq.
KERJA menggali kubur besar mengandungi mangsa pembunuhan beramai-ramai oleh IS di Tikrit, Iraq.

Baghdad: Iraq menemui 470 mayat di Tikrit, dipercayai mangsa pembunuhan beramai-ramai oleh kumpulan Negara Islam (IS) tahun lalu yang digelar pembunuhan Speicher.

Menteri Kesihatan Iraq Adila Hammoud berkata di Banghdad: “Kami menemui 470 mayat mangsa Speicher dalam kubur di Tikrit,"

Speicher ialah nama pangkalan tentera di Tikrit yang kemudian menjadi gelaran untuk pembunuhan beramai-ramai itu.

Pada June 2014, kumpulan bersenjata sekutu IS menahan ratusan penduduk, sebahagian besarnya pengikut Syiah di pangkalan tentera Speicher itu.

Gambar serta rakaman video menunjukkan mereka di bawa ke beberapa lokasi dan ditembak seorang demi seorang. Ada juga yang ditolak ke dalam Sungai Tigris manakala yang lain ditanam dalam kubur yang ditemui selepas kerajaan Iraq kembali menguasai Tikrit dua bulan lalu.

“Mayat ini ditemui dalam empat kubur dengan satu daripadanya yang terbesar mengandungi 400 mayat,” kata Ziad Ali Abbas, ketua doktor rumah mayat di Baghdad. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Mei 2015 @ 7:02 PM