BARISAN pemain pasukan SAGA Kota Kinabalu sedia harung cabaran.
BARISAN pemain pasukan SAGA Kota Kinabalu sedia harung cabaran.
Oleh Mohd. Lokman Sunggim

Kota Kinabalu: Pasukan Kota Kinabalu berazam menjuarai acara bola sepak Sukan Sabah 2015 (SAGA) yang bakal berlangsung di Tawau pada 1-6 Jun.

Diletakkan dalam Kumpulan B bersama tuan rumah Tawau, Kota Marudu dan Beaufort, pengurus pasukan Lokman Sunggim mahu pemainnya sentiasa waspada ancaman pasukan lawan.

Saingan Kumpulan A pula dianggotai Keningau, Tuaran, Telupid dan Lahad Datu.

“Semua lapan pasukan ini melepasi pusingan kelayakan untuk ke Tawau. Saya anggap mereka pencabar yang perlu dihormati,” kata Lokman.

Menurutnya, pasukan Kota Kinabalu yang dibimbing Kanit Ghani sambil dibantu Musa Hendriks membuat persiapan rapi sejak bulan lalu bagi menghadapi temasya ini dan pemain juga sudah bersedia menggalas cabaran.

“Saya harap pemain menunjukkan komitmen serta kesungguhan tinggi dalam setiap perlawanan diharungi nanti,” katanya selepas sesi latihan pasukan di Kompleks Sukan Likas.

Sebahagian besar pemain Kota Kinabalu turut terbabit dalam perlawanan pusingan kelayakan Kejohanan Piala Ketua Menteri dan berharap tidak ada pemain mengalami kecederaan sebelum temasya SAGA bermula.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Mei 2015 @ 6:41 AM