AKSI Peng Soon (kiri) dan Liu Ying ketika mengalahkan lawan.
AKSI Peng Soon (kiri) dan Liu Ying ketika mengalahkan lawan.
Oleh Ferzalfie Fauzi

Kuala Lumpur: “Kalau kita kekal menang ke atas Korea Selatan, tiada siapa yang mampu menghalang untuk ke final.”

Itu pendapat Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mengenai undian suku akhir Piala Sudirman 2015 Dongguan semalam.

Menurutnya, undian suku akhir yang menyaksikan Malaysia bertemu semula Korea Selatan memang amat mengecewakan kerana sebelum ini pernah menentang sesama sendiri di peringkat kumpulan yang menyaksikan skuad negara menang 3-2.

“Saya jangkakan kita akan bertemu pasukan lain tapi bertemu semula Korea Selatan. Apa yang saya ingin nasihatkan kepada pemain, buktikan kemampuan mereka,” katanya ketika dihubungi Harian Metro semalam.

Dalam undian yang dijalankan petang semalam, Malaysia dijadual menentang Korea Selatan di suku akhir pada jam 7 malam ini dan jika berjaya mencatat kemenangan, menanti skuad negara di separuh akhir nanti pemenang antara Denmark dan Jepun.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Mei 2015 @ 5:37 AM