NEYMAR menjaringkan dua gol dalam tempoh 14 minit.
NEYMAR menjaringkan dua gol dalam tempoh 14 minit.

Munich (Jerman): Barcelona hanya memerlukan dua gol menerusi Neymar untuk mara ke final Liga Juara-Juara dengan agregat 5-3 walaupun tewas 2-3 kepada Bayern Munich dalam saingan separuh akhir kedua di sini, awal pagi tadi .

Kedua-dua gol Neymar dalam tempoh 14 minit pada separuh masa pertama itu mencukupi untuk menguburkan impian Bayern yang tewas 0-3 pada separuh akhir pertama di Nou Camp, minggu lalu.

Medhi Benatia membuka jaringan tuan rumah pada minit ketujuh namun Neymar tidak mensia-siakan hantaran Luiz Suarez untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-15.

Suarez sekali lagi berganding dengan Neymar untuk gol keduanya pada minit ke-29.

Bayern lebih mengasak pada separuh masa kedua dan menyamakan kedudukan pada minit ke-59.

Thomas Mueller menambahkan jaringan Bayern pada minit ke-74 namun pasukan dari Jerman itu masih memerlukan tiga lagi gol untuk ke final kejohanan.

Barcelona bakal menghadapi Real Madrid atau Juventus dalam final pada 6 Jun. - Reuters

BAYERN MUNICH (4-4-1-1): Manuel Neuer; Rafinha, Jerome Boateng, Medhi Benatia, Juan Bernat; Philipp Lahm (kapten), Xabi Alonso, Bastian Schweinsteiger, Thiago Alcantara; Thomas Mueller; Robert Lewandowski

JURULATIH: Pep Guardiola (ESP)

BARCELONA (4-3-3): Marc-Andre ter Stegen; Dani Alves, Javier Mascherano, Gerard Pique, Jordi Alba; Sergio Busquets, Ivan Rakitic, Andres Iniesta (kapten); Lionel Messi, Luis Suarez (Pedro), Neymar

JURULATIH: Luis Enrique (ESP)

PENGADIL: Mark Clattenburg (ENG)

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Mei 2015 @ 10:12 AM