Pemain Barcelona menjalani latihan ringan bagi aksi berdepan Maghribi di Stadium Education City. FOTO AFP
Pemain Barcelona menjalani latihan ringan bagi aksi berdepan Maghribi di Stadium Education City. FOTO AFP
AFP

Doha: Penjaring Terbanyak Sepanyol, Alvaro Morata berada di bangku simpanan bagi aksi berdepan Maghribi dalam saingan 16 terbaik Piala Dunia sementara Marcos Llorente memulakan permainan di posisi kanan sebagai sebahagian daripada lima pertukaran yang dilakukan.

Luis Enrique tidak menyenaraikan Morata, yang meledak tiga gol di kejohanan itu. Malah memilih skuad yang hampir sama dengan yang memulakan dua perlawanan awal Sepanyol, menentang Costa Rica dan Jerman

Jurulatih itu melakukan lima pertukaran daripada barisan pemain yang dipilih ketika kekalahan mengejut kepada Jepun yang menyaksikan mereka menamatkan saingan Kumpulan E di tempat kedua.

Pemain tengah Atletico Madrid, Llorente memulakan perlawanan di pertahanan kanan, di mana jurulatih sudah mencuba Dani Carvajal dan Cesar Azpilicueta.

Trio tengah Barcelona, Sergio Busquets, Pedri dan Gavi dikekalkan sementara Marco Asensio beraksi menyerang manakala sayap Ferran Torres dan Dani Olmo.

Maghribi menyenaraikan kesebelasan utama yang menewaskan Kanada pada aksi terakhir peringkat kumpulan mereka, kecuali Selim Amallah beraksi di tengah di hadapan Abdelhamid Sabiri.

Skuad kendalian Walid Regragui menyamai rekod pencapaian terbaik Piala Dunia, layak ke peringkat kalah mati buat kali kedua dalam sejarah mereka dengan yang pertama pada 1986.

Kesebelasan utama pemain:

Maghribi: Yassine Bounou; Achraf Hakimi, Nayef Aguerd, Romain Saiss (K), Noussair Mazraoui; Sofyan Amrabat, Azzedine Ounahi, Selim Amallah; Hakim Ziyech, Youssef En-Nesyri, Sofiane Boufal

Jurulatih: Walid Regragui (MAR)

Sepanyol: Unai Simon; Marcos Llorente, Rodri Hernandez, Aymeric Laporte, Jordi Alba; Sergio Busquets (K), Gavi, Pedri; Ferran Torres, Marco Asensio, Dani Olmo

Jurulatih: Luis Enrique (ESP)

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Disember 2022 @ 10:58 PM