TAMPAK mempesona tatkala meraikan hari istimewa bersama seisi keluarga.
TAMPAK mempesona tatkala meraikan hari istimewa bersama seisi keluarga.
1. BERSIHKAN wajah dengan pembersih bersesuaian dengan kulit sebelum disapu dengan penyegar.
1. BERSIHKAN wajah dengan pembersih bersesuaian dengan kulit sebelum disapu dengan penyegar.
2. LEMBAPKAN wajah dengan pelembap sebagai pelindung kepada sinaran matahari atau kulit kering.
2. LEMBAPKAN wajah dengan pelembap sebagai pelindung kepada sinaran matahari atau kulit kering.
3. SAPU rata bedak asas jenis cecair dengan teknik sapuan menghala ke bawah.
3. SAPU rata bedak asas jenis cecair dengan teknik sapuan menghala ke bawah.
4. GUNAKAN bedak asas jenis batang untuk menutup kesan cela pada wajah.
4. GUNAKAN bedak asas jenis batang untuk menutup kesan cela pada wajah.
5.  HALUSKAN penampilan wajah dengan bedak dwiguna.
5. HALUSKAN penampilan wajah dengan bedak dwiguna.
6. GABUNG dua warna berbeza pembayang mata sebelum ia di sapu rata.
6. GABUNG dua warna berbeza pembayang mata sebelum ia di sapu rata.
7. OLES penyerlah berkilat di atas kelopak mata untuk menonjolkan tulang kening.
7. OLES penyerlah berkilat di atas kelopak mata untuk menonjolkan tulang kening.
8. SAPU rata gabungan pembayang mata rona coklat dan hijau biru firus pada garisan bawah mata.
8. SAPU rata gabungan pembayang mata rona coklat dan hijau biru firus pada garisan bawah mata.
9. SAPUAN dua lapisan maskara pada bulu mata membantu menampilkan bulu mata tebal dan melentik.
9. SAPUAN dua lapisan maskara pada bulu mata membantu menampilkan bulu mata tebal dan melentik.
10.  PILIH pemerah pipi rona seakan-akan merah jambu ke coklat untuk menambah seri pada wajah.
10. PILIH pemerah pipi rona seakan-akan merah jambu ke coklat untuk menambah seri pada wajah.
11. TAMBAH gincu untuk penampilan anggun.
11. TAMBAH gincu untuk penampilan anggun.
SETIAWATY bersama model yang siap disolek.
SETIAWATY bersama model yang siap disolek.
Oleh Hajahfarhana Tarmudi


Wanita bergelar ibu tidak pernah berhenti daripada melakukan tugasan di rumah. Mengurus kelengkapan anak dan suami hinggalah menjaga kebersihan rumah, semua dilakukan penuh sabar serta ikhlas.

Bertambah mencabar apabila bergelar ibu berkerjaya kerana mereka perlu bijak mengurus masa antara tugasan di pejabat dan rumah agar semuanya dapat dilakukan sempurna.

Raut wajah letih mengurus tugasan di pejabat dan rumah ada kalanya jelas terpancar. Sesekali tutup penampilan kulit suram dengan mengembalikan keceriaan dan seri wajah melalui solekan sempurna tatkala meraikan Hari Ibu bersama seisi keluarga.

Pegawai Pemasaran dan Promosi Mustika Ratu, Setiawaty Madzi berkata, bagi mengelakkan kulit menjadi sensitif akibat pemakaian solekan, pastikan wajah dibersihkan dengan pembersih sebelum disapu rata dengan penyegar dan pelembap Sekar Tanjung.

“Ini bagi memastikan wajah kekal segar dan kulit sentiasa dilindungi daripada matahari atau kering akibat terdedah di bawah cuaca panas mahupun penyaman udara.

“Selepas itu, wajah perlu disapu rata dengan bedak asas jenis cecair Tasik Kemuning. Terdapat dua jenis bedak asas yang biasa digunakan ketika bersolek iaitu jenis cecair dan batang.

“Bedak asas jenis cecair sesuai dipakai untuk mekap harian kerana teksturnya yang lebih ringan dan membantu menutup kehadiran kesan jeragat,” katanya.

Berbanding bedak asas jenis batang, ia lebih sesuai dipakai ketika melakukan solekan tebal untuk menghadiri majlis tertentu seperti makan malam.

Jika wajah memiliki parut yang jelas, bedak asas jenis batang lebih sesuai dipakai kerana ia mempunyai fungsi sama seperti penyamar noda. Ketika menyapu bedak asas pada wajah, sebaiknya ratakan dengan cara ke bawah untuk mengelakkan liang roma terbuka dan olesan melekat di hujung bulu roma, sekali gus menyebabkan sapuan tampak kasar serta comot.

Bagi individu yang memiliki wajah sensitif dan tidak mahu menggunakan bedak asas, boleh terus menyapu rata bedak tabur pada wajah. Selepas bedak asas rata dan benar-benar meresap ke dalam kulit, sapu bedak dwiguna (two way cake) untuk penampilan wajah lebih halus.

“Bagi menambah seri wajah dan tampak berbeza daripada solekan harian, gunakan pembayang mata rona terang seperti hijau biru firus yang boleh dipadankan dengan pakaian warna coklat, putih, hitam atau corak daripada ton sama.

“Gabungkan rona berkenaan dengan pembayang mata rona coklat gelap supaya mata tampak lebih menarik. Elakkan daripada memakai lebih daripada tiga warna pembayang mata dalam satu masa agar penampilan tampak anggun dan menawan.

“Selain itu, elakkan penggunaan celak pada bahagian garisan bawah mata untuk mengurang–kan kesan mata garang,” katanya.

Ujarnya, pembayang mata rona coklat gelap juga boleh digunakan untuk menggelapkan bahagian tepi hidung dan tulang pipi bagi kesan bentuk wajah lebih menarik.

Sementara itu, pejabat jenama berkenaan yang terletak di Taman Shamelin Perkasa, Cheras juga menerima tempahan solekan untuk majlis makan malam, bertunang ataupun perkahwinan kepada individu yang berminat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Mei 2015 @ 2:36 PM