1. WAJAH sebelum disolek.
1. WAJAH sebelum disolek.
2. SAPU primer dan bedak asas jenis batang.
2. SAPU primer dan bedak asas jenis batang.
3. RATAKAN bedak asas jenis cecair pada keseluruhan wajah.
3. RATAKAN bedak asas jenis cecair pada keseluruhan wajah.
4. BEDAK kompak membantu menjadikan wajah tampak lebih sempurna.
4. BEDAK kompak membantu menjadikan wajah tampak lebih sempurna.
5. LENGKAPKAN solekan dengan bedak tabur bagi menjadikan mekap lebih lama.
5. LENGKAPKAN solekan dengan bedak tabur bagi menjadikan mekap lebih lama.
 6. PRIMER perlu disapu terlebih dulu.
6. PRIMER perlu disapu terlebih dulu.
7. OLES pembayang mata rona gelap pada keseluruhan kelopak mata.
7. OLES pembayang mata rona gelap pada keseluruhan kelopak mata.
8. MATA tampak lebih galak jika bahagian atas kelopak mata disapu dengan warna penyerlah.
8. MATA tampak lebih galak jika bahagian atas kelopak mata disapu dengan warna penyerlah.
9. SAPU pembayang mata rona sama di bahagian garisan bawah mata.
9. SAPU pembayang mata rona sama di bahagian garisan bawah mata.
10. GUNAKAN bulu mata palsu untuk menjadikan mata tampak lebih menawan sebelum kemaskan dengan maskara.
10. GUNAKAN bulu mata palsu untuk menjadikan mata tampak lebih menawan sebelum kemaskan dengan maskara.
11. GUNAKAN bulu mata palsu untuk menjadikan mata tampak lebih menawan sebelum kemaskan dengan maskara.
11. GUNAKAN bulu mata palsu untuk menjadikan mata tampak lebih menawan sebelum kemaskan dengan maskara.
12. PILIH pemerah pipi rona merah bata bagi menampilkan wajah ceria.
12. PILIH pemerah pipi rona merah bata bagi menampilkan wajah ceria.
13. GUNAKAN gincu jenis berkilat untuk kesan lembapan pada bibir.
13. GUNAKAN gincu jenis berkilat untuk kesan lembapan pada bibir.
WAJAH tampak ceria dengan pilihan rona solekan untuk musim dingin.
WAJAH tampak ceria dengan pilihan rona solekan untuk musim dingin.
Oleh Hajahfarhana Tarmudi

Musim dingin sudah tiba. Walaupun Malaysia tidak mengalami musim sejuk, namun kebanyakan fesyen, aksesori, wangian dan alat solek yang menjengah pasaran masa kini mengikut konsep berkenaan.

Bagi menyelami kesejukan dan keseronokan musim dingin, gayakan solekan yang menarik serta sesuai untuk bersantai bersama teman mahupun ahli keluarga dengan penampilan ceria.

Menurut jurusolek artis, Norzila Hussin, konsep solekan musim dingin biasanya banyak menggunakan rona bumi seperti coklat terutama di bahagian mata.

"Bahagian mata memainkan peranan penting bagi menampilkan kesan solekan yang sempurna dan menarik. Untuk musim dingin ini, saya memilih rona coklat gelap di bahagian mata.

"Selain itu, sapuan gabungan gincu rona nude iaitu coklat dan ton terang seperti oren memainkan peranan penting bagi menjadikan wajah tampak lebih ceria," katanya.

Tambahnya, langkah demi langkah solekan yang ditunjukkan kali ini sesuai digayakan oleh golongan pertengahan untuk keluar bersantai bersama teman atau ahli keluarga.

Sementara itu, Norzila juga menyediakan perkhidmatan solekan pengantin, bertunang, akad nikah, makan malam atau majlis rasmi dan sesi fotografi.

Sapuan bedak

Jadikan rutin solekan bermula daripada bahagian atas iaitu dahi hingga ke bawah wajah dan bibir. Gunakan bedak asas yang sesuai dengan kulit wajah setiap kali memulakan solekan.

Sebaiknya, pilih bedak asas dengan betul bagi mengelakkan warna wajah menjadi kelabu atau terlalu putih. Sapu rona bedak asas satu ton lebih cerah daripada warna kulit bagi menjadikan wajah kelihatan lebih berseri dan sempurna.

Bagi wanita yang bertugas di pejabat atau mahu bersiar-siar di pusat beli-belah yang sejuk dan mempunyai penyaman udara, sapuan bedak asas jenis cecair sudah memadai.

Bedak asas jenis batang sesuai dipakai untuk wanita yang banyak menjalankan tugasan luar atau perlu berhadapan dengan terik cahaya matahari.

"Saya memilih mengenakan kedua-dua jenis bedak asas iaitu jenis batang dan cecair untuk solekan kali ini. Gunakan bedak asas jenis batang pada keseluruhan wajah untuk permulaan solekan.

"Kemudian, sapu rata bedak asas jenis cecair bagi membantu menutup cela pada wajah di samping menghasilkan kesan solekan yang menawan," katanya.

Ujarnya, gabungkan bersama sapuan rata bedak kompak dan bedak tabur rona sama dengan kulit untuk memberi imbangan kepada solekan. Teknik pemakaian bedak tabur atau kompak perlu disapu dengan cara menekap.

Jika sapuan bedak kompak dilakukan dengan teknik menarik, bedak asas yang basah tadi turut terikut sama pada span. Ia akan menyebabkan solekan bertompok-tompok dan tidak rata.

Jika berada di tempat sejuk, bedak tabur atau kompak boleh disapu sedikit tebal, sebaliknya jika perlu ke lokasi yang panas sebaiknya gunakan sapuan bedak lebih nipis dan ringan.

Bahagian mata

"Sebelum mengenakan pembayang mata, sapu rata primer di seluruh kelopak mata bagi memastikan solekan kekal lama dan tampak kemas.

"Kemudian, pilih pembayang mata rona coklat gelap. Adun rona coklat

tadi di seluruh kelopak mata, namun untuk bahagian hujung mata, pilih warna sama yang lebih gelap bagi menjadikan mata kelihatan menyerlah," katanya.

Tambahnya, oles warna penyerlah pada bahagian atas kelopak mata untuk tampak lebih galak. Selepas menyapu rata

celak di bahagian garisan atas dan bawah mata, layangkan pembayang mata (warna sama) di bahagian bawah mata untuk memastikan solekan tampak senada.

Selain itu, sapuan rona coklat gelap di bahagian bawah mata boleh mengelakkan wajah kelihatan garang.

Wajah sempurna

Bagi memastikan bentuk wajah kelihatan sempurna, gunakan teknik bayangan dengan memilih rona coklat di bahagian pipi dan hidung.

"Biasanya, teknik bayangan ini dibuat bermula dari atas cuping telinga hingga ke tulang pipi bagi menonjolkan tulang pipi dan memberi kesan mancung pada hidung.

"Jika memiliki bentuk wajah panjang, mulakan sapuan pembayang di bahagian tulang pipi secara melintang. Namun, bagi yang memiliki bentuk muka bulat, pembayang perlu disapu di tulang pipi secara ke bawah," katanya.

Tambahnya, bagi menjadikan pipi tampak lebih gebu, sapukan shimmer rona coklat ke merah jambu lembut di bahagian atas pipi. Pada masa sama, tambah solekan dengan sapuan rata pemerah pipi rona merah bata.

Bibir mungil

"Di bahagian bibir pula, gunakan penggaris bibir rona coklat terang. Bagi menjadikan wajah tampak lebih ceria, oles bahagian dalam bibir dengan gincu warna oren.

"Pilih gincu yang mempunyai tekstur berkilau bagi menampilkan kesan bibir yang lembap. Selain itu, bagi mengelakkan gincu meninggalkan kesan kotoran pada gigi, masukkan jari ke dalam mulut dan tarik keluar.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 November 2014 @ 5:11 AM