HAMBERI (kiri) bersama Noraseela (dua dari kiri) menyerahkan petisyen bantahan kepada Khairy di Dewan Komanwel, Bukit Jalil.
HAMBERI (kiri) bersama Noraseela (dua dari kiri) menyerahkan petisyen bantahan kepada Khairy di Dewan Komanwel, Bukit Jalil.
Oleh Mohd Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Beberapa bekas atlet dan jurulatih olahraga kebangsaan semalam menyerahkan petisyen berhubung salah guna kuasa bekas Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Karim Ibrahim kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Sedar bahawa Karim tetap meneruskan niatnya merebut jawatan nombor satu dalam KOM pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Sabtu ini, kumpulan itu menyeru agar Khairy membantu seperti dilakukannya kepada Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) kerana membabitkan wang kerajaan serta maruah negara.

Bekas ratu 400 meter lari berpagar negara Noraseela Khalid berkata, berdasarkan latar belakang buruk Karim sepanjang memimpin KOM selama tiga penggal lalu daripada 2006 hingga 2012, jelas beliau dalang kepada semua masalah dalam KOM.

"Kita tidak boleh tunggu dan lihat perkara itu berlaku (AGM). Semua pihak sudah tahu apa berlaku kepada KOM ketika di bawah kepimpinannya dua tahun lalu.

"Biarpun saya sudah bersara, saya tidak mahu atlet muda negara mengalami masalah sama seperti kami dulu," katanya ketika ditemui pada Mesyuarat Post-Mortem Sukan Asia, di Dewan Komanwel, Bukit Jalil, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Oktober 2014 @ 5:10 AM