FOTO ihsan bomba
FOTO ihsan bomba
Oleh Mohd Hasbi Sidek

Banting: Sebuah jengkaut yang diletakkan di Jalan Dendang 61, Taman Telok Panglima Garang, di sini, hangus selepas terbakar, awal pagi tadi.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi itu, jengkaut berkenaan digunakan untuk mengorek longkang di kawasan berkenaan dan ditinggalkan pemiliknya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Banting, Mohd Jaslizad Jalil berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang penduduk di kawasan berkenaan pada 2.56 pagi.

"Bertindak atas maklumat sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Banting dengan satu jentera bergegas ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi kira-kira 3.21 pagi kami dapati bahagian enjin dan tempat duduk pemandu terbakar dan operasi memadamkan dijalankan sebelum tamat pada 3.50 pagi.

"Tiada mangsa dilaporkan cedera dan punca kejadian serta nilai kerugian masih disiasat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 April 2015 @ 6:14 PM