Oleh Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Terengganu: Mahkamah Tinggi di sini, menetapkan 23 November depan untuk tarikh perbicaraan kes saman RM2 juta terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menetapkan tarikh itu bagi membolehkan pihak defendan (Abdul Hadi) memanggil saksi terakhir daripada akhbar KOSMO.

Perbicaraan kes berkenaan hari ini yang menyaksikan kehadiran kali pertama Abdul Hadi ke mahkamah, turut dihadiri ratusan penyokong Ahli Parlimen Marang itu.

Perkarangan mahkamah mula dipenuhi penyokongnya sejak jam 8 pagi bagi mengikuti perbicaraan kes itu.

Malah, galeri awam mahkamah turut dipenuhi penyokongnya. Abdul Hadi tiba di mahkamah jam 9.30 pagi.

Mahkamah Tinggi di sini, sebelum ini memerintahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang itu membayar ganti rugi RM2 juta kepada bekas calon PKR Dewan Undangan Negeri Bukit Besi Mohd Shamsul Mat Amin.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Oktober 2014 @ 12:14 PM