ANTARA penyokong Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang. FOTO Syahirah Abdullah
ANTARA penyokong Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang. FOTO Syahirah Abdullah
Oleh Zatul Iffah Zolkiply

Kuala Terengganu: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan 7 Disember depan untuk penghujahan akhir kes saman RM2 juta terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menetapkan tarikh itu selepas saksi Mohd Shamsul Mat Amin (plaintif) dari akhbar KOSMO yang sepatutnya memberi keterangan hari ini gagal hadir.

Peguam Abdul Hadi (defendan), Asmuni Awi berkata, kegagalan saksi plaintif hadir pada perbicaraan hari ini kerana masalah teknikal

menyebabkan prosiding kes terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh lain.

"Bagaimanapun, sekiranya saksi plaintif tidak juga hadir pada 7 Disember nanti, prosiding kes akan diteruskan dengan penghujahan akhir diikuti dengan keputusan kes," katanya.

Perkarangan mahkamah mula dipenuhi penyokongnya sejak jam 8 pagi bagi mengikuti perbicaraan kes itu, bagaimanapun Abdul Hadi tidak hadir.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 November 2014 @ 12:12 PM