YAHAYA (tengah) diangkat oleh anggota penyelamat dan orang kampung selepas kakinya tersangkut pada pisau mesin pembajak.
YAHAYA (tengah) diangkat oleh anggota penyelamat dan orang kampung selepas kakinya tersangkut pada pisau mesin pembajak.
Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

Bagan Serai: Seorang warga emas parah apabila kaki kiri tersangkut pada pisau pengisar jentera membajak tanah miliknya ketika memanaskan enjin jentera berkenaan dalam kejadian di Batu 11 1/2, Jalan Taiping, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi, mangsa Yahaya Hassan, 65, sedang memeriksa dan membersihkan mata pisau pengisar jentera yang berada di belakang rumah.

Saksi kejadian yang enggan namanya disiar berkata, dia yang kebetulan berada berhampiran rumah mangsa terkejut mendengar jeritan seseorang dari belakang rumah secara tiba-tiba.

Menurutnya, dia meneliti jeritan suara berkenaan dan memeriksa lokasi jentera.

“Sejurus tiba, saya lihat dia dalam keadaan terbaring dan kelihatan kakinya tersangkut dalam jentera berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 April 2015 @ 7:10 AM