R BUNIAH yang menunggang motosikal maut di tempat kejadian.
R BUNIAH yang menunggang motosikal maut di tempat kejadian.
Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

Bagan Serai: Tindakan seorang pemandu lori menekan brek secara tiba-tiba sejurus diserang sakit kepala menyebabkan seorang penunggang motosikal maut selepas mangsa merempuh belakang lori berkenaan di Kilometer 3, Jalan Siakap berhampiran Kedai Dua di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1.30 petang itu, mangsa R Buniah Arshad, 50, yang menunggang Honda EX5 dari arah Bagan Serai menghala Kuala Kurau meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, kejadian berlaku apabila pemandu lori berusia 45 tahun dari arah Kuala Kurau menghala Bagan Serai menekan brek secara mengejut apabila diserang sakit kepala menyebabkan kenderaan dipandu hilang kawalan.

“Hasil siasatan dijalankan, pemandu lori itu mengakui terpaksa menekan brek kecemasan selepas diserang sakit kepala secara tiba-tiba menyebabkan lori dipandunya hilang kawalan dan berputar beberapa kali sebelum terhenti pada laluan bertentangan dengan kedudukan kepala lori berpatah balik menghala ke arah Kuala Kurau.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Ogos 2015 @ 8:53 AM