IHSAN Bomba dan Penyelamat
IHSAN Bomba dan Penyelamat
Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

Bagan Serai: Wanita maut manakala suami dan anak lelakinya cedera selepas kereta dinaiki merempuh belakang lori di Kilometer 177 Lebuhraya PLUS arah utara, dekat Bukit Merah, di sini, hari ini.

Noorol Aini Mohamed, 50, dipercayai maut di lokasi kejadian yang berlaku pada 3.20 pagi.

Jurucakap Bomba negeri, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.21 pagi.

Katanya, anggota kemudian mendapati kereta remuk di hadapan dipercayai merempuh belakang lori dan terdapat mangsa yang tersepit.

"Mangsa iaitu wanita terbabit didapati tersepit dan dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat,” katanya.

Beliau berkata, suami mangsa yang juga pemandu bersama anak lelaki 12 tahun dikeluarkan orang awam sebelum bomba tiba di lokasi.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Parit Buntar.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 April 2016 @ 12:00 PM