Oleh Azizan Hashim


Ipoh: Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) kesal dengan tindakan sekumpulan penyokong Johor Darul Ta’zim (Johor DT) merosakkan banyak papan iklan di Stadium Perak selepas perlawanan Liga Super antara Perak dengan juara bertahan itu, malam kelmarin.

Setiausaha Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Abdul Aziz Yeop Jamaluddin menjelaskan kumpulan itu yang pada awalnya dikumpul di padang sebaik selepas perlawanan tiba-tiba menyerbu ke seberang stadium sebaik melihat kelibat penyokong Perak. Perak memenangi perlawanan itu 2-1.

Malah beliau mendakwa melihat penyokong Johor DT membaling besi dalam insiden itu.

“Mujur ada pagar yang menghalang daripada berlaku pertembungan.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 April 2015 @ 5:24 AM