DA Silva bersama isterinya, Evem.
DA Silva bersama isterinya, Evem.
Agensi

Rio de Janeiro: Lelaki tertinggi di Brazil, Joelison Fernandes da Silva yang sering menyendiri kerana malu dengan fizikalnya seperti gergasi akhirnya bertemu dengan cinta sejatinya.

Da Silva, 28, yang mempunyai ketinggian 2.33 meter bertemu dengan kekasihnya, Evem Medeiros, 21, di laman sosial Facebook pada tahun lalu sebelum berkahwin baru-baru ini.

Walaupun Evem memiliki ketinggian 1.52 meter tetapi bagi Da Silva itu tidak menghalang hubungan mereka.

“Kali pertama saya melihat Evem saya terus jatuh cinta.

“Saya sangat bahagia dan mahu bersama dengannya sepanjang masa,” katanya.

Ujarnya, Evem adalah cintanya yang pertama kerana sebelum ini dia malu untuk bercakap dengan wanita.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 April 2015 @ 7:49 AM