NAZIM dan Mimi Lana dalam drama bersiri Ana Kleopatrena.
NAZIM dan Mimi Lana dalam drama bersiri Ana Kleopatrena.
ANA merantau ke Kuala Lumpur mencari cinta sejati dalam drama bersiri Ana Kleopatrena.
ANA merantau ke Kuala Lumpur mencari cinta sejati dalam drama bersiri Ana Kleopatrena.
Michelle Gun

Penggemar genre romantis boleh menyaksikan drama bersiri baru HyppTV, Ana Kleopatrena mengisahkan gadis kaya yang selalu malang dalam percintaan.

Siri 30 episod itu kini ditayangkan di HyppSensasi HD setiap Rabu dan Khamis, jam 9 malam.

Diarahkan Johan Bahar, drama ini mengisahkan Ana mula menyembunyikan kehidupan sebenarnya dalam usaha mendapatkan jejaka idaman.

Sebaik tamat pengajian, Ana bertunang dengan lelaki pilihannya. Namun tiga minggu sebelum tarikh pernikahan, Ana tiba-tiba membatalkan perkahwinan.

Selepas itu, Ana merantau ke Kuala Lumpur untuk mencari cinta sejatinya.

Keadaan bertambah rumit apabila Ana menyembunyikan identiti sebenarnya dan dia ditawarkan menjadi duta produk kecantikan.

Mampukah Ana keluar dari zon selesa dan menyesuaikan diri dengan kehidupan di ibu kota seterusnya berubah menjadi secantik ratu purba Cleopatra?

Penonton boleh me­ngikuti perkembangan Ana daripada seorang yang penampilan biasa kepada wanita moden cantik dan penuh keyakinan.

Ana Kleopatrena menampilkan pelakon Mimi Lana, Adeline Tsen, Mimi Ernida, Nazim Othman dan Zoey Rahman.

Sementara itu, bagi memperkenalkan barisan pelakon drama bersiri itu, HyppTV mengadakan sesi ramah mesra di pusat beli-belah Sunway Velocity Mall, baru-baru ini.

Sesi berkenaan turut dihadiri selebriti dari saluran Salam HD HyppTV antaranta Aisya Hasnaa, Afzan Rahman, Reza Hasbi, Chef Fendi, Imam Muda Aran dan Nazrief Nazri.

Ana Kleopatrena diterbitkan secara eksklusif untuk HyppTV oleh Filmscape Sdn Bhd dan adalah satu lagi terbitan berkualiti tinggi syarikat perkhidmatan penstriman televisyen dan video itu dalam usaha menyediakan produk terbaik kepada pelanggan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Disember 2017 @ 4:20 AM