RAFFI Ahmad bersama isteri dan anak mereka.
RAFFI Ahmad bersama isteri dan anak mereka.
Agensi

Jakarta: Pelakon Indonesia, Raffi Ahmad berharap dia yang akan meninggal dunia terlebih dulu sebelum isterinya, Nagita Slavina.

Raffi dalam temubual di saluran YouTune Boy William dalam segmen #5Menit Aja berkata, dia tidak mampu hidup tanpa Nagita.

Raffi berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Boy William mengenai tiga permintaan dalam hidupnya.

"Saya mahukan umur yang panjang sehingga berjaya melihat anak saya berkahwin. Keduanya kemudian boleh melihat cucu.

"Harapan terakhir saya adalah ingin mati lebih dulu daripada isteri, Nagita Slavina. Kalau diberi pilihan saya atau isteri diambil (mati) dulu, biarlah saya yang terpilih," katanya.

Menurutnya, dia mengakui tiada wanita lain seperti isterinya, selain dia tidak mampu hidup tanpa Nagita. Tiada wanita lain yang boleh mempercayai dan mencintai dirinya setulus isterinya. Di matanya, Nagita adalah isteri yang sangat baik.

"Jadi kalau Tuhan ambil, biarlah saya dulu kerana Nagita yang paling baik. Nagita adalah orang yang paling percaya pada saya, yang lain tidak percaya dengan saya," katanya.

Warganet ternyata tersentuh dengan kenyataan Raffi ini.

"Di sini jelas terlihat Raffi tidak boleh hidup tanpa Nagita, isteri tercinta sejatinya.

"Tersentuh kata-kata Raffi, sekiranya tiada wanita yang sebaik Nagita. Semoga kalian terus sihat," kata mereka di ruangan komen YouTube Boy William.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 September 2021 @ 1:14 PM