Oleh Norul Awatif Romli


Alor Setar: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan khianat dengan api hingga mengakibatkan kebakaran di cawangan bank di Simpang Kuala, Rabu minggu lalu.

Mengikut kertas pertuduhan, Chan Huat Chai, 38, dari Taman Bersatu, Kuala Kedah dituduh melakukan perbuatan itu pada 4.05 petang, 8 April lalu.

Tertuduh membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di depan Majistret Mohd Khairul Hafizuddin Ramli.

Majistret menetapkan 18 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan lantikan peguam.

Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri Nuur Hafiedzah Md Daud dan tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 April 2015 @ 11:51 AM