CHAN diiringi anggota polis ke Mahkamah Majistret Alor Setar atas kesalahan melakukan perbuatan khianat hingga menyebabkan kebakaran sebuah bank di Simpang Kuala.
CHAN diiringi anggota polis ke Mahkamah Majistret Alor Setar atas kesalahan melakukan perbuatan khianat hingga menyebabkan kebakaran sebuah bank di Simpang Kuala.
Oleh Norul Awatif Romli

Alor Setar: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas pertuduhan melakukan khianat dengan api hingga mengakibatkan kebakaran membabitkan kerugian lebih RM50 di sebuah bank tempatan di Simpang Kuala, minggu lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Chan Huat Chai, 38, meminta dibicarakan selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Mohd Khairul Hafizuddin Ramli.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki berkenaan didakwa melakukan perbuatan itu dengan niat hendak menyebabkan kerosakan di bahagian luar pintu masuk utama Maybank Cawangan Simpang Kuala, di sini, pada jam 4.05 petang pada 8 April lalu.

Chan didakwa mengikut Seksyen 435/511 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat menggunakan bahan letupan atau bahan api yang boleh menyebabkan kerosakan harta awam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 April 2015 @ 9:27 AM