EMPAT kenderaan pacuan empat roda ditahan. FOTO Mohd Adam Arinin
EMPAT kenderaan pacuan empat roda ditahan. FOTO Mohd Adam Arinin
Oleh Junaidi Ladjana


Kota Kinabalu: Empat pemandu kenderaan pacuan empat roda pelbagai jenis yang sedang melakukan aksi lumba dan memandu secara melulu ditahan polis trafik yang melakukan penyamaran dalam Ops Samseng Jalanan, di Jalan Kolombong, di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian 12.30 tengah malam itu, empat lelaki terbabit tidak menyedari aktiviti mereka diperhatikan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu cawangan trafik sebelum semuanya diberkas.

Empat lelaki berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun bersama empat kenderaan pacuan empat roda iaitu tiga jenis Ford Ranger dan satu Isuzu D Max kemudian dibawa ke Balai Polis trafik Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Azhar Halim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 April 2015 @ 11:43 AM