Melihat pada penampilan luarannya yang mewah, pasti ramai yang tidak menyangka artis popular yang seorang ini rupa-rupanya berdepan dengan masalah kewangan.

Pada masa sama, dia juga dalam kelompok artis gred A, pastilah SS sukar nak percaya bila pihak mendakwa artis ini juga liat untuk membayar hutang.

Kata rakan SS, cerita artis ini liat bayar hutang ini ditimbulkan oleh seorang penerbit yang pernah berurusan dengannya.

Semuanya bermula apabila artis itu memberitahu dia terdesak dan ingin meminjam sejumlah wang daripada penerbit berkenaan sebelum ini.

Memikirkan mereka pernah bekerjasama sebelum ini, penerbit itu pun tanpa berfikir panjang terus meminjamkan wang seperti diminta artis berkenaan.

Namun, selepas sekian lama berlalu, artis itu masih belum menjelaskan hutangnya kepada penerbit berkenaan.

Dia hanya membayar beberapa ribu ringgit itupun selepas penerbit itu tebal muka dan meminta daripadanya beberapa kali. Bila ditanya dia akan menjelaskan baki hutangnya, artis itu terus beri bermacam alasan sampailah sekarang.

SS pula ingin menasihatkan semoga artis yang dimaksudkan itu segera menjelaskan hutangnya kepada penerbit berkenaan.

SS percaya, pasti penerbit itu boleh bertolak ansur dengannya dan dia juga boleh menjelaskan hutangnya itu secara ansuran mengikut kemampuan.

SS: Sentiasa membayar bil tepat pada masanya setiap bulan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 April 2015 @ 10:25 AM