Kuala Lumpur : Seorang kontraktor pemungut sampah terkejut selepas menemui mayat seorang lelaki dalam pelampung perangkap sampah di Taman Wilayah, Selayang, pagi tadi.

Dalam kejadian 11.55 pagi tadi, kontraktor berkenaan yang sedang menjalankan tugas memungut sampah pada mulanya menyangka ia adalah kayu besar yang terapung namun terkejut selepas mendekati mayat berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang dikejarkan ke lokasi berkenaan sebaik menerima maklumat untuk mengeluarkan mayat dari perangkap sampah.

“Mayat berkenaan mempunyai kesan jerutan di leher dan ada kesan bakar .

“Kedua tangan dan kaki juga sudah tiada. Tiada identiti mayat atau barang berharga ditemui pada mayat berkenaan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Mac 2015 @ 4:07 PM