ORANG ramai berpusu-pusu beri penghormatan meskipun hujan lebat.
ORANG ramai berpusu-pusu beri penghormatan meskipun hujan lebat.
Oleh Mary Victoria Dass


Singapura: Ribuan penduduk negara kota singa sanggup meredah hujan lebat dan menunggu seawal jam 9 pagi di beberapa laluan bagi menyaksikan perarakan penghormatan terakhir bapa pengasas Singapura, mendiang Lee Kuan Yew di sini.

Istiadat penghormatan negara mendiang Lee Kuan Yew, 91, akan diadakan di Pusat Kebudayaan Universiti (UCC), National University of Singapore dijangka mulai 2 hingga 5 petang ini sebelum upacara pengembumian dijalankan secara tertutup di krematorium Mandai.

Ia didahului oleh perarakan pengebumian dari parlimen ke UCC.

Perarakan merangkumi jarak 15.4 kilometer.

Ia akan menggunakan laluan berhampiran Bangunan Parlimen Lama, Dewan Bandaraya, Padang, Pusat NTUC dan Dewan Persidangan Singapura.

Pengembumian di UCC akan dihadiri oleh ahli keluarga mendiang Lee, Presiden Singapura, menteri-menteri Kabinet, badan Kehakiman, ahli-ahli Parlimen, dan pemimpin dari luar negara.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Mac 2015 @ 1:44 PM