Sebuah aplikasi ringkas, Doa & Zikir Selepas Solat mungkin mempunyai antaramuka yang agak ringkas namun kandungannya bermanfaat sekiranya anda mahu menambah pahala selepas solat.

Aplikasi terbabit lengkap dengan tulisan jawi dan ejaan rumi yang memudahkan penggunanya membaca ayat tertentu dan dikatakan ia sesuai untuk mualaf yang pertama kali mempelajari zikir selepas solat.

Doa & Zikir Selepas Solat kini mesra Android dan ia mempunyai kelengkapan zikir dan wirid mengikut Sunah selain panduan syarat doa dimakbulkan.

Menariknya, ia mempunyai beberapa bacaan doa selepas solat yang ringkas mudah dihafal di mana saja anda berada.

Aplikasi yang ditawarkan secara percuma ini juga boleh dibuka di mana-mana skrin telefon kerana ia sudah ditetapkan dengan saiz tertentu apabila anda membukanya. Tidak kira kecil atau besar, anda boleh membacanya dengan jelas.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Mac 2015 @ 11:59 AM