PEMINAT Star Wars berpakaian seperti watak dalam filem itu ketika menyertai satu perarakan di Mexico, pada Oktober 2023. FOTO AFP
PEMINAT Star Wars berpakaian seperti watak dalam filem itu ketika menyertai satu perarakan di Mexico, pada Oktober 2023. FOTO AFP
Agensi

New York: Sebuah laman sesawang nasihat kewangan sedang mencari seseorang yang tidak pernah menonton filem Star Wars untuk menonton semua sembilan filem saga itu, dengan menawarkan 'upah' AS$1,000 (kira-kira RM4,777).

United Press International (UPI) melaporkan, FinanceBuzz mengumumkan demikian bagi meraikan 'Hari Star Wars' tahun ini iaitu pada 4 Mei.

"Kami sedang mencari seseorang yang pertama kali menyertai 'The Force', seorang 'Jedi muda' yang tulen, untuk menilai dan menilai saga dari perspektif orang luar.

"Kami akan menggunakan analisis 'Wookiee Rookie' kami untuk cerita akan datang mengenai francais berkenaan," kata siaran itu.

Laman sesawang itu berkata, calon yang dipilih akan menonton setiap siri filem itu mengikut susunan tahun ia ditayangkan.

"Bermula dalam susunan kronologi (mengikut tarikh keluaran), anda akan (menontont) dari Episode IV: A New Hope sehingga ke Episod IX: The Rise of Skywalker. Dan jika anda tertanya-tanya mengapa kami tidak bermula dengan Episod I, anda mungkin orang yang sesuai untuk tugas kami," kata FinanceBuzz.

Laman itu akan turut memberikan bayaran AS$100 (kira-kira RM478) untuk kos penstriman filem.

Mereka yang terpilih nanti berpeluang menonton Episod I: The Phantom Menace di pawagam, untuk tayangan semula filem itu sempena ulang tahunnya ke-25, pada masa akan datang.

Permohonan sedang diterima di laman sesawang berkenaan dan dibuka sehingga pada 4 Mei ini .

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 April 2024 @ 3:31 PM