Bacaan solat tanpa pengertian sempurna membuatkan Fazly Mansur memuat turun aplikasi Panduan Solat Lengkap yang dibangunkan islam4all ke telefon pintarnya.

Menurut pelajar kolej swasta berusia 19 tahun itu, aplikasi Panduan Solat Lengkap diperkenalkan seorang teman kepada­nya dalam usaha memperbaiki solat.

“Hampir dua bulan memuat turun aplikasi ini, saya berpendapat ia sangat mudah digunakan dan bermanfaat kepada saya. Aplikasi ini lengkap dengan ilustrasi kaedah bersolat bagi lelaki dan wanita.

“Menerusi ilustrasi, pengguna dapat mengetahui kaedah bersolat yang betul, termasuk kedudukan dan pergerakan tangan dan kaki. Ilustrasi itu turut dilengkapi nota mengenai kaedah bersolat serta bacaannya,” katanya.

Selain disertakan bacaan dalam bahasa Arab, aplikasi ini me­nyediakan bacaan dalam bahasa Melayu.

Bagi mereka yang mula me­ngenal Islam dan belajar bersolat, bacaan bahasa Arab ditulis dalam bahasa Melayu memudahkan pengguna menghafalnya.

Demi menghayati keindahan dan khusyuk dalam solat, aplikasi Panduan Solat Lengkap turut dilengkapi pengertian bacaan dalam bahasa Melayu.

Aplikasi ini juga menyediakan paparan video bagi mereka yang ingin menyaksikan kaedah solat dengan lebih praktikal.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Mei 2015 @ 5:05 AM