Tingkatkan produktiviti anda sepanjang Ramadan dengan lima ciri khas aplikasi Waktu Solat Malaysia
Tingkatkan produktiviti anda sepanjang Ramadan dengan lima ciri khas aplikasi Waktu Solat Malaysia
Farah Izureen Izhar

RAMADAN yang dinanti-nanti oleh semua umat Islam kini sudah tiba.

Bagi membantu meningkatkan produktiviti sepanjang menyambut bulan yang mulia ini, aplikasi Waktu Solat Malaysia memperkenalkan lima ciri khas istimewa sempena Ramadan ini.

Ramadan adalah masa untuk kita membina tabiat yang lebih baik dengan niat untuk mengutamakan solat.

Justeru, melalui notis waktu solat yang disediakan di aplikasi ini, anda dapat memanfaatkan waktu berkenaan.

Bukan itu sahaja, aplikasi ini juga dilengkapi al-Quran digital supaya kita dapat lebih banyak membacanya semampu yang boleh sepanjang Ramadan.

Pada Ramadan juga, doa orang berpuasa itu adalah mustajab, justeru aplikasi ini menyediakan pelbagai jenis doa untuk diri sendiri, keluarga, sahabat dan juga seluruh umat Islam.

Aplikasi Waktu Solat Malaysia juga menyediakan kelas dan video penuh dengan ilmu dan amal pada Ramadan.

Pastikan anda memuat turun dan maklumkan kepada keluarga dan rakan mengenai aplikasi Waktu Solat Malaysia ini.

Muat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia di Google Play, Huawei AppGallery dan App Store hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Mac 2022 @ 2:00 PM