Muat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia di Google Play dan App Store
Muat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia di Google Play dan App Store
Noraniza Azmi

Kuala Lumpur : Dengan jumlah 1.3 juta pengguna aktif dan lebih 6.6 juta kali muat turun, aplikasi Waktu Solat Malaysia kini boleh didapati menerusi Google Play dan Apple Store. 

Bukan sahaja berfungsi sebagai peringatan waktu solat, aplikasi yang lengkap dengan kalendar Hijrah dan Gregorian ini juga mempunyai pelbagai fungsi menarik untuk memudahkan anda melaksanakan ibadah seharian. 

Anda boleh mengakses menu Halaqah, Tanyalah Ustaz, Nur, Media, Al-Quran, Wuduk, Wirid dan Zikir, Doa dan cara melaksanakan ibadah solat menerusi aplikasi mesra pengguna ini. 

Malah, kandungan aplikasi ini juga boleh dikongsi oleh aplikasi luar seperti WhatsApp dan Telegram. 

Aplikasi Waktu Solat Malaysia ini juga mempunyai kompas digital magnetik untuk memudahkan pengguna mencari arah kiblat dengan tetapan getaran (vibrate) apabila telefon bimbit menghala ke arah yang tepat. 

Selain itu, aplikasi ini juga didatangkan dengan fungsi pengesan lokasi automatik untuk memastikan ketepatan arah kiblat setiap kali pengguna berada di lokasi yang berlainan. 

Untuk pengetahuan anda, kandungan dan informasi dalam aplikasi Waktu Solat Malaysia ini diperolehi daripada sumber E-Solat JAKIM.

Anda boleh memuat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia di Google Play dan App Store

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Mac 2022 @ 6:16 PM