SULTAN Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena sambutan Hari TLDM Ke-90 di Masjid An-Nur, Pangkalan TLDM Lumut, di sini, hari. FOTO Muhamad Lokman Khairi
SULTAN Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena sambutan Hari TLDM Ke-90 di Masjid An-Nur, Pangkalan TLDM Lumut, di sini, hari. FOTO Muhamad Lokman Khairi
Muhamad Lokman Khairi


Lumut: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena sambutan Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Ke-90 di Masjid An-Nur, Pangkalan TLDM Lumut, di sini, hari ini.

Keberangkatan tiba baginda yang juga Kepten Yang Dipertua TLDM jam 12.15 tengah hari, disambut oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob.

Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas itu dijalankan sempena memperingati tragedi nahas Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan Fennec TLDM yang mengorbankan nyawa 10 perwira TLDM, Selasa lalu.

Sejurus keberangkatan tiba, baginda kemudiannya menunaikan solat sunat sebelum bacaan Yasin dan tahlil dimulakan dengan dipimpin oleh Pengarah Agama Markas Tentera Laut, Leftenan Kolonel Ahmad Kamil Abdullah.

Majlis diteruskan dengan Khutbah Khas bertajuk "TLDM Perkasa, Kedaulatan Terpelihara" dengan disampaikan oleh Abdul Rahman di hadapan seramai 3,000 jemaah terdiri daripada warga TLDM.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 April 2024 @ 2:53 PM