ZAINON menunjukkan seluar yang dikoyakkan penceroboh.
ZAINON menunjukkan seluar yang dikoyakkan penceroboh.
Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Seremban: Seorang wanita warga emas buntu dan runsing memikirkan kejadian pakaian dan peralatan di rumahnya yang sering diconteng dan dikoyakkan ‘penceroboh’ yang sering memasuki kediamannya ketika dia tiada di rumah.

Lebih menghairankan, Zainon Baharuddin, 67, mendakwa walaupun pernah beberapa kali menukar kunci rumah di Fasa 2, Taman Panchor Jaya, di sini, namun kejadian sama masih berulang.

Menurutnya, kejadian pelik itu berlaku sejak tiga tahun lalu apabila pakaiannya sering dikoyakkan selain peralatan rumah seperti kerusi, meja dan katil ditoreh dan diconteng.

“Sebelum ini hanya kejadian itu berlaku dan saya sudah lali. Namun, Sabtu lalu, lebih mengejutkan apabila dua radio dalam bilik berasingan yang dipasang bacaan ayat al-Quran tiba-tiba meletup dan bekalan elektrik terputus.

“Ketika itu saya sedang mengaji sambil memasang radio. Saya terkejut mendengar letupan di bilik tengah disusuli bekalan elektrik terputus. Saya tidak mampu bergerak kerana keadaan terlalu gelap dan bersyukur ia kembali pulih lima minit kemudian,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Mac 2015 @ 5:31 AM