Elena Rybakina
Elena Rybakina
AFP

London: Elena Rybakina boleh dikatakan menghampiri untuk menjulang kejuaraan kedua Wimbledon apabila dia dijadualkan bertemu Barbora Krejcikova iaitu antara pertemuan paling sengit pada saingan All England Club.

Barbora berada di separuh akhir Wimbledon pertamanya, begitu juga Jasmine Paolini dan Donna Vekic, yang beraksi dalam perlawanan.

Elena juara 2022, adalah pilihan utama untuk meraih gelaran kedua di All England Club.

Pemain kelahiran Rusia yang mewakili Kazakhstan itu, yang diundi sebagai pilihan keempat adalah antara pilihan untuk memenangi kejohanan terbabit

"Sudah tentu saya mempunyai kenangan yang luar biasa dari tahun 2022 dan hanya menikmati setiap kali saya melangkah ke gelanggang.

"Pada tahun 2022 saya rasa lebih gemuruh berbanding sekarang. Ia adalah kali pertama saya bermain di Centre Court. Terdapat ramai orang, banyak perhatian. Sekarang, sudah tentu, saya sudah sedikit terbiasa dengannya," kata Elena.

Selain itu, Barbora yang juga juara Terbuka Perancis 2021, menghabiskan lebih tiga jam lebih lama di gelanggang berbanding Elena untuk meraih slot separuh akhir Wimbledon pertamanya.

Pemain berusia 28 tahun itu beraksi dalam tempoh yang begitu lama pada pusingan pertama iaitu tiga jam dan 14 minit, untuk mengalahkan Veronika Kudermetova.

"Ia adalah tempoh yang sangat, sangat sukar," kata pemain pilihan ke-31 dari Republik Czech itu yang mengakui dia terkejut kerana berjaya melangkah ke separuh akhir.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Julai 2024 @ 9:57 PM