KOMPLEKS Mahkamah Kuala Lumpur. FOTO Arkib NSTP
KOMPLEKS Mahkamah Kuala Lumpur. FOTO Arkib NSTP
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Bapa kepada Baby Syifaa akan didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, esok berkaitan penipuan dalam urusan yuran guaman.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, lelaki berusia 41 tahun itu akan didakwa selepas mendapat arahan pertuduhan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan bapa kepada Baby Syifaa ditahan polis berkaitan kes penipuan dalam urusan yuran guaman didapati positif dadah hasil ujian saringan air kencing.

Mohamad Lazim dilaporkan berkata, pada tahun lalu, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju menerima beberapa laporan polis yang dibuat beberapa individu yang menjadi mangsa berhubung penipuan berkaitan kutipan bagi bayaran guaman.

Menurutnya, hasil siasatan lanjut mendapati kesemua mangsa berurusan dengan suspek yang mengaku sebagai orang tengah dalam urusan guaman.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Julai 2024 @ 7:57 PM