Oleh Azlan Muhammad Zain

Kuala Lumpur: Pelumba Astana Andrea Guardini (gambar) membuktikan kejaguhannya untuk melakar rekod kemenangan peringkat ke-18 Le Tour de Langkawi (LTdL) walaupun gagal memenangi gelaran Raja Pecut kali ini.

Pada edisi ke-20 LTdL yang berakhir semalam, Guardini membuktikan kepantasannya tidak mampu digugat apabila meraih kemenangan peringkat keempat daripada lapan yang dipertandingkan termasuk saingan bermula dari Kuala Kubu Bharu ke Dataran Merdeka sekali gus mengumpul 18 peringkat perlumbaan sejak mula bersaing pada 2011.

Kemenangan berkenaan membuktikan Guardini sememangnya lebih pantas berbanding pencabar utamanya Caleb Ewan dari Orica GreenEdge walaupun pelumba Australia itu meraih gelaran Raja Pecut.

“(Empat kemenangan ini) hebat dan ia adalah cara terbaik menamatkan perlumbaan. Ia hanya permulaan musim. Saya akan memberikan yang terbaik untuk diri sendiri dan pasukan selepas ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Mac 2015 @ 5:42 AM