BAZUKI berkongsi suka duka pengalaman seni fotografi dalam Art Of Seeing.
BAZUKI berkongsi suka duka pengalaman seni fotografi dalam Art Of Seeing.
KEADAAN banjir di Bangkok yang dirakam.
KEADAAN banjir di Bangkok yang dirakam.
FOTO pemain bola sepak Iraq ketika meraikan kemenangan selepas mengalahkan Korea Selatan dalam Piala AFC.
FOTO pemain bola sepak Iraq ketika meraikan kemenangan selepas mengalahkan Korea Selatan dalam Piala AFC.
UPACARA sembahyang untuk mangsa tsunami di Phuket.
UPACARA sembahyang untuk mangsa tsunami di Phuket.
MAINAN warna senja mewarnai foto ini yang dirakam di Bukit Arafat.
MAINAN warna senja mewarnai foto ini yang dirakam di Bukit Arafat.
Oleh Siti Salmiah A Hamid


Beliau diangkat mentor bagi generasi hari ini, pengiktirafan selepas berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang yang diminatinya.

Menerusi pameran solo pertamanya, Art of Seeing, peminat seni fotografi tanah air nyata kagum dengan sentuhan Bazuki Muhammad mengenai seni.

Menimba pengalaman sebagai jurugambar bebas untuk United Press International (UPI), Reuters dan Associated Press (AP) di New Orleans membolehkan beliau mempelajari selok-belok dunia fotografi.

Pada masa yang sama, Bazuki turut aktif di Universiti Louisiana State (LSU) malah diberi kepercayaan sebagai Editor Foto untuk mengendalikan buku tahunan universiti itu, The Gumbo selain bertindak sebagai Ketua Jurugambar untuk The Daily Reveille.

Meskipun memiliki ijazah dalam seni bina, Bazuki meneruskan karier dalam bidang yang diminatinya sejak 1997 ketika menyertai Reuters, Kuala Lumpur dan kini bersama The New Straits Times Press.

Penasihat Jabatan Foto The New Straits Time Press (NSTP) itu, turut berkongsi pengalaman menariknya dengan penulis ketika di Afghanistan selama tiga bulan sewaktu negara itu mengalami pergolakan pada 2002.

Pengalaman bersama mangsa tragedi tsunami di Phuket, Thailand turut diabadikan dalam siri pameran solo ini selain aktiviti ibadat Haji di Makkah (2002), Sukan Olimpik London (2012) dan terbaru banjir di Kuala Krai, Kelantan.

Beliau merangkul Anugerah Penerbitan Asia bagi Fotografi Sukan selama dua tahun berturut-turut (2002 dan 2003).

Pameran berlangsung di galeri pameran NSTP dan berakhir pada 27 Mac ini.

INFO

ART OF SEEING

- Artis: Bazuki Muhammad

- Jumlah karya: >10

- Lokasi: The New Straits Time Press, Balai Berita, 31 Jalan Riong, Kuala Lumpur

- Tarikh: Sehingga 27 Mac 2015

- Masa: 10 pagi hingga 6 petang

- Telefon: 012-330 3962

- Web: bazuki.com

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Mac 2015 @ 1:03 PM