WARTAWAN dan jurugambar Media Prima  dan  NSTP yang memenangi
WARTAWAN dan jurugambar Media Prima dan NSTP yang memenangi
Rafiqah Dahali


Kota Kinabalu: Media Prima Berhad (Media Prima) dan anak syarikatnya The New Straits Times Press Berhad (NSTP) memenangi tiga hadiah utama dan enam merit dalam majlis anugerah media, Kinabalu Press Awards 2023, yang berlangsung di sebuah hotel di bandar raya ini, malam ini.

Wartawan sambilan Berita Harian, Rafiqah Dahali memenangi anugerah hadiah utama bagi kategori Anugerah Laporan Berita (bukan rencana) dalam Bahasa Melayu untuk laporan bertajuk 'Sekolah jalanan' anak miskin.

Beliau turut memenangi anugerah merit bagi kategori Laporan Hiburan, Budaya dan Seni dalam bahasa Melayu.

Wartawan New Straits Times (NST) Olivia Miwil memenangi tiga anugerah merit, masing-masing dalam kategori Anugerah Laporan Sukan, Laporan Perniagaan dan Ekonomi serta Laporan Alam Sekitar untuk kategori bahasa Inggeris.

Wartawan TV3 dari Media Prima, Safwan Sawi, Mohammed Fairuz Yazzer dan Azaman Awang memenangi dua anugerah utama bagi anugerah Laporan Hiburan, Budaya dan Seni dalam bahasa Melayu (penyiaran) bertajuk Hongkod Koisaan Kembali Meriah dan Laporan Alam Sekitar dengan tajuk Hari Gajah Sedunia.

Selain itu, TV3 turut memenangi anugerah merit bagi kategori Anugerah Kewartawanan Penyiaran dalam bahasa Melayu.

Sementara itu, jurugambar sambilan NSTP Mohd Adam Eussoffefuddin memenangi anugerah merit bagi kategori Anugerah Kewartawanan Fotografi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Oktober 2023 @ 11:23 PM