HASIL karya Abdul Ghafur yang mengetengahkan huruf Wau.
HASIL karya Abdul Ghafur yang mengetengahkan huruf Wau.
KARYA Sharinah yang menggunakan campuran media dan diberi nama ‘Learning Process’.
KARYA Sharinah yang menggunakan campuran media dan diberi nama ‘Learning Process’.
ARIFF mengetengahkan tema merdeka dalam karya terbarunya dengan menampilkan Jalur Gemilang dengan slogan ‘Sehati Sejiwa’.
ARIFF mengetengahkan tema merdeka dalam karya terbarunya dengan menampilkan Jalur Gemilang dengan slogan ‘Sehati Sejiwa’.
‘BLUE GALAXY’ karya Ismail.
‘BLUE GALAXY’ karya Ismail.
ISMAIL Md Zain.
ISMAIL Md Zain.
Oleh Nor Hanisah Kamaruzaman

Apabila pengunjung menghayati setiap kalimah, sekurang-kurangnya 50 bacaan zikir dapat dibaca,” kata Ismail Md Zain, salah seorang pelukis di Pameran At Tayyibah di lobi utama The New Straits Times Press (NSTP), Bangsar, Kuala Lumpur.

Kebanyakan karya dihasilkan menyimpan kalimah suci serta ayat zikir yang mengajak orang ramai untuk mengingati Pencipta selain menghargai serta mendalami keindahan seni dihasilkan.

Menurut Ismail, idea mencetuskan tema kalimah yang baik itu datang dari kitab suci al-Quran dan hadis kerana banyak disebut berkenaan perkara yang baik dan kalimah ‘Laillahaillallah’ disebut dalam Hadis Al Imam Al Hakim.

Terdapat 40 hasil tangan empat artis selain Ismail Md Zain iaitu Ariff Ashaari, Sharinah Md Noor dan Abdul Ghafur Tahir.

Ismail berkata, setiap seorang artis mempunyai identiti dan gaya tersendiri tapi masih mengikut ciri yang sama walaupun medium berbeza.

Bagi Ismail dan Ariff, hasil karya mereka banyak menggunakan dakwat cetakan beresolusi tinggi sama ada di atas beberapa jenis permukaan, antaranya adalah kanvas.

Berbeza dengan kedua-dua artis itu, karya Sharinah menggunakan media campuran dan kebanyakan gabungan perspek dan akrilik di atas kanvas.

Karya Abdul Ghafur menggunakan medium akrilik di atas kanvas dan hasil pemerhatian penulis, hasil kerjanya mengetengahkan huruf ‘wau’.

Huruf itu diketengahkan dan ditonjolkan kerana ia huruf penyambung bagi beberapa kalimah suci seperti penyambungan antara Muhammad, Rasul dan Allah.

INFO

PAMERAN AT-TAYYIBAH (KALIMAH YANG BAIK)

- Artis: Ismail Md Zain, Ariff Ashaari, Sharinah Md Noor dan Abdul Ghafur Tahir

- Jumlah karya: 40

- Lokasi: Lobi Utama, The New Straits Times Press, Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur

- Tarikh: Sehingga 2 Oktober

- Masa: 9 pagi hingga 6 petang

- Telefon: 018-219 7465 (Abdul Ghafur)

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 September 2015 @ 10:44 AM