Bazuki ketika bertugas di Dili, Timor Timur pada 2007. FOTO Bazuki.com.
Bazuki ketika bertugas di Dili, Timor Timur pada 2007. FOTO Bazuki.com.
Oleh Rosyahaida Abdullah

Kuala Lumpur: Jurugambar berpengalaman, Bazuki Muhammad, 50, berkongsi foto terbaiknya menerusi pameran foto yang diadakan di lobi Balai Berita, Anjung Liku Bangsar, di sini, selama empat minggu bermula esok.

Pameran anjuran The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) itu khusus buat bakat dalaman iaitu wartawan foto yang banyak melalui pengalaman berharga di lapangan dan penerima anugerah.

Bazuki yang juga Penasihat Jabatan Foto NSTP mempamerkan lebih 30 gambar yang diambil ketika bertugas sebagai jurugambar mewakili beberapa agensi dan syarikat pemberitaan termasuk Reuters, MarryVille Times dan Daily Reveille di Amerika Syarikat.

Bertemakan "Art of Seeing", antara foto yang menarik perhatian termasuk ketika beliau berkhidmat untuk Reuters ke Afghanistan ketika membuat liputan perang di sana sekitar tahun 2002 serta liputan Sukan Olimpik 2012 di London, United Kingdom.

Orang ramai boleh melihat lebih dekat hasil kerja kewartawanan foto beliau secara percuma sehingga 27 Mac ini dari 10 pagi hingga 6 petang.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Mac 2015 @ 9:03 PM