MANGSA parah selepas beberapa palang besi konkrit terjatuh. FOTO ihsan JPAM
MANGSA parah selepas beberapa palang besi konkrit terjatuh. FOTO ihsan JPAM
MANGSA maut selepas beberapa palang besi konkrit terjatuh. FOTO ihsan JPAM
MANGSA maut selepas beberapa palang besi konkrit terjatuh. FOTO ihsan JPAM
Oleh Fardy Bungga

Kuala Lumpur: Seorang pekerja binaan maut manakala seorang lagi rakannya parah selepas dihempap palang besi konkrit di tapak projek pembinaan landasan Transit Aliran Ringan Massa (MRT), 1.40 petang tadi.

Kejadian runtuhan dipercayai berlaku selepas tali pengikat untuk mengangkut besi ke bahagian atas terputus menyebabkan beberapa palang besi konkrit terjatuh.

Menurut jurucakap Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi yang cedera parah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sementara itu, Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini mengesahkan kejadian berkenaan di kawasan pembinaan Portal Samantan.

Menurutnya, setakat ini hanya dua pekerja yang terbabit dalam insiden berkenaan dan pihak pengurusan syarikat berkenaan masih menunggu laporan penuh berhubung kejadian itu sebelum mengeluarkan kenyataan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Februari 2015 @ 5:00 PM