KUALA LUMPUR: Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) hari ini berkata, keretakan jalan dan tanah mendap di Lebuhraya Sultan Iskandar semalam tiada kaitan dengan projek sistem aliran transit massa (MRT) itu.

MRT Corp dalam satu kenyataan hari ini berkata, siasatan oleh MRT Corp dan kontraktornya mendapati insiden itu tidak disebabkan atau berkaitan dengan pembinaan MRT jajaran Sungai Buloh-Kajang.

"Kami ingin memberitahu selain projek MRT, terdapat projek pembinaan infrastruktur berhampiran persimpangan Lebuhraya Sultan Iskandar-Jalan Duta," katanya.

Semalam, kejadian tanah mendap dan jalan retak di Lebuhraya Sultan Iskandar pada 2 petang telah mengakibatkan laluan menuju ke selatan ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Jun 2015 @ 6:24 PM